Carian Kursus Halal

Cari program yang ditawarkan oleh rakan pengendali latihan halal SAFA
Ada 22 program aktif yang ditawarkan pada masa ini


Pengendali Latihan Halal

Tentang SAFA

Satu penyelesaian yang diperkenalkan untuk industri halal di Malaysia. Matlamat utama SAFA adalah untuk menjadi sebuah sistem pengurusan halal yang akan memacu kecekapan dalam operasi pengurusan latihan dan pensijilan halal. Antara kelebihan SAFA adalah:

  • Meningkatkan jumlah pemegang sijil latihan halal di Malaysia.
  • Menyelaraskan proses pengurusan permohonan sijil latihan halal.
  • Membantu proses pengurusan melalui automasi dan penyelesaian mudah alih.
Maklumat Lanjut


Artikel Pilihan


Cross-contamination in processing, packaging, storage, and transport in halal supply chain

HALAL food supply chain has been exposed with many risks that would affect the halal food supply chain integrity. One of the risks is cross-contamination between halal and non-halal food products. Cross-contamination occurs when halal food product has a direct contact with non-halal food or nonfood product (Chaudry and Riaz, 2013). Eliasi and Dwyer (2002) explained that food is considered halal or haram by looking at the whole food chain. Previous studies argued that the risks involved in halal supply chain will increase the possibility of the food products turned from halal to haram (Ackerley et al., 2010; Khairulzaman et al., 2013). The incidents of food marketed as halal but failing to meet halal requirements have spurred demand for genuine halal products (Omar et al., 2013). Previously, consumers cared only about halal food, but now consumers realize that halal includes the entire supply chain from sourcing of raw materials to the manufacturing, transporting, storing, and handling. This is due to rising issues during the handling process, and thus, affects the halal status of the product, especially when they are in direct contact with non-halal products.

 Baca..

Industri halal berpotensi besar diperkasa

KUALA LUMPUR: Industri halal kekal mempunyai potensi yang besar untuk diperkasakan dengan strategi terancang dan inklusif, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, eksport halal pada tahun lalu bernilai RM40.2 bilion atau 4.1 peratus bagi keseluruhan eksport negara yang berjumlah RM986.4 bilion. "Ini bermakna potensi industri halal ini masih mempunyai ruang cukup besar. Untuk 2019, Malaysia merekodkan sejumlah 1,876 syarikat pengeksport produk halal. Bagaimanapun, 1,430 syarikat atau 76.2 peratus adalah dalam kalangan industri kecil dan sederhana (PKS)," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 di Dewan Rakyat hari ini. Mohamed Azmin berkata, kepentingan industri halal menyebabkan Halal Development Corporation (HDC) dipindahkan ke kementerian berkenaan supaya industri itu tidak hanya tertumpu kepada pensijilan semata mata, malah sebagai industri yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar. Sementara itu, beliau berkata, saiz pasaran halal global pada masa ini dianggarkan bernilai US$3 trilion dan dijangkakan berkembang lebih pesat kepada US$7.7 trilion menjelang 2030. Beliau turut bersetuju dengan saranan Datuk Seri Shahidan Kassim (UMNO-Arau) supaya industri halal memerlukan pendekatan baharu bagi menangani potensi pasaran yang besar ini. Sebagai contoh, katanya, Australia adalah pengeksport daging terbesar dunia manakala pengimport daging halal negara itu termasuk Indonesia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Malah, beliau berkata, Jepun memberi fokus kepada makanan halal dan mensasarkan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN untuk pasaran eksport mereka. Mengenai pembabitan kerajaan dalam memperkasa industri halal, Mohamed Azmin berkata, masih ada keperluan bagi latihan meningkatkan kepakaran PKS terutamanya untuk meningkatkan sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara. Bagi negara untuk maju ke hadapan, katanya, penyusunan semula strategi pemerkasaan sedang dilaksanakan sebagai langkah awal yang memberi fokus kepada pembangunan industri berdasarkan pengetahuan. "Ini dengan memperkukuhkan institusi ekosistem halal negara, meningkatkan nilai dagangan dan daya saing industri melalui pertumbuhan sektor berpotensi tinggi dan berkaitan, meningkatkan jumlah tenaga mahir dan profesional tempatan serta menggalakkan aktiviti pengkomersialan produk halal melalui penerimaan teknologi tinggi dan inovasi," katanya.

 Baca..

Malaysia negara pertama wujudkan Standard Program Pengajian Halal

SEPANG: Malaysia muncul sebagai negara pertama di dunia yang mengemukakan Standard Program untuk pengajian halal. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pengajian halal mempunyai permintaan tinggi bukan hanya di negara bukan Islam seperti China dan India, malah juga di Asia Barat. Katanya, institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan perlu merebut kesempatan ini untuk menawarkan program yang berkaitan dengan pengajian halal. “Menerusi penawaran itu dijangkakan akan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke negara ini selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global. “Kita perlu pantas dalam hal ini sebelum negara lain membuat deklarasi bahawa mereka adalah peneraju atau juara dalam pengajian halal ini,” katanya. Pihak MQA telah berkolaborasi dengan pihak-pihak berkepentingan, ahli panel penilai termasuk industri untuk membangunkan dokumen jaminan kualiti iaitu Standard Program: Pengajian Halal. Standard program itu berpandukan kepada tujuh bidang jaminan kualiti di Malaysia serta menepati kehendak dan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia. Setakat Disember tahun lalu, terdapat 21 IPT menawarkan 53 program berkaitan halal yang mendapat akreditasi daripada MQA di peringkat diploma hingga doktor falsafah. Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, standard itu menggariskan standard minimum pelbagai keperluan khusus bagi program berkaitan halal sebagai rujukan kepada IPT dalam penawaran dan jaminan kualiti program pengajian di Malaysia. Katanya, dokumen itu turut digunakan oleh pegawai dan Ahli Panel Penilai MQA dalam penilaian akreditasi program berkaitan halal. “Pengamalan proses jaminan kualiti yang tepat, teratur, konsisten dan berpandukan standard program dapat menghasilkan graduan program berkaitan halal yang berkualiti. “Bagaimanapun, IPT yang menawarkan program berkaitan halal tetap tertakluk kepada penggunaaan standard program ini dalam penyediaan dokumen permohonan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh,” katanya.

 Baca..





Disokong Oleh