ATHENS: 161 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari 16 negara Eropah tiba di Athens, Greece setelah dilepaskan Israel.
Menurut Kementerian Luar Greece, penerbangan khas itu membawa pulang 27 rakyat Greece yang menyertai misi kemanusiaan itu, selain 134 warganegara dari 15 negara Eropah lain.
Flotila yang terdiri daripada 45 kapal itu berlepas pada awal September lalu, dengan matlamat memecah sekatan Israel dan menghantar bantuan ke Gaza.
Kapal-kapal berkenaan itu bagaimanapun dipintas Israel sejak Rabu lalu sebelum diarahkan ke pelabuhan Ashdod.
Israel memaklumkan lebih 470 individu ditahan selepas operasi pemintasan itu dan sehingga kini 138 lagi masih berada dalam tahanan. – AFP