Aidil kecundang di final Masters Al Ain

Oleh: Helmi Talkah

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin untuk merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia BWF tidak kesampaian apabila tewas di pentas final Masters Al Ain di Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

Pemain perseorangan lelaki negara ranking ke-40 dunia itu bermula baik namun gagal mengekalkan momentum sebelum akur tunduk 21-14, 17-21, 7-2, kepada wakil Finland, Joakim Oldorff yang menghuni ranking ke-54 dunia dalam aksi final selama 48 minit.

Semalam, Aidil mencuri tumpuan apabila mencatat kejutan besar di separuh akhir dengan menyingkirkan bekas pemain nombor satu dunia dari India, K. Srikanth.

Bagaimanapun, prestasi cemerlang itu gagal diulangi pada aksi final sekali gus memaksa bekas pemain kebangsaan berusia 25 tahun itu sekadar membawa pulang hadiah wang tunai AS$4,560 (RM19,194), manakala Oldorff meraih AS$9,000 (RM37,884) selaku juara.

Scroll to Top