“); } else { document.write(“
“); document.write(“
“); document.write(“
“); }
Mereka yang ingin melancong ke luar negara dinasihatkan supaya membuat persediaan rapi. -Gambar hiasan
AKTIVITI percutian atau melancong ke luar negara sememangnya menyeronokkan buat sesiapa sahaja.
Bagi mengelakkan timbul masalah ketika mood bercuti, anda dinasihatkan untuk membuat persiapan rapi dalam semua aspek.
“); }
Bukan sahaja perjalanan menjadi lancar, anda juga bebas stres terutama mereka yang melancong bersama anak kecil.
Mereka yang bercita-cita untuk melancong ke luar negara, ini tujuh ‘pantang larang’ yang perlu diambil kira seperti perkongsian Hafizi Norizan di Facebook.
1. Tiket penerbangan
Harga tiket akan menjadi semakin mahal apabila menghampiri hari penerbangan.
Jadi, apabila anda mempunyai hasrat untuk melancong, terus sahaja cari tiket penerbangan.
Sebaiknya dalam tempoh enam hingga ke 12 bulan sebelum percutian.
Urusan penginapan, makan, perjalanan dan lain-lain boleh dilakukan kemudian.
Rancang percutian dan pembelian tiket lebih awal. -Gambar hiasan
2. Wang tunai
Anda dinasihatkan supaya tidak membawa wang tunai atau matawang negara yang dikunjungi dalam kuantiti yang banyak, bahaya! Perlu ketahui, terdapat bandar atau kawsan yang mempunyai banyak penyeluk saku atau ‘scammer’ seperti Istanbul, Paris, Milan, London dan Jakarta.
Oleh itu, gunalah kad kredit atau sebaiknya Wise.
3. Makanan mentah
Jangan main hentam bawa barang sampai terkoyak beg, terutama makanan mentah.
Australia dan Jepun sangat tegas terhadap bahan mentah yang dibawa masuk.
Anda sepatutnya membuat kajian mendalam tentang negara yang ingin dikunjungi sebelum membawa stok makanan ke sana.
Ramai gemar membuat bajet melancong tanpa memikirkan kos kecemasan.
4. Total bajet perbelanjaan
Tak salah untuk menetapkan bajet perbelanjaan tapi jangan sampai tiada peruntukan untuk situasi kecemasan kerana apabila bercuti, terdapat kos lain atau kos tersembunyi yang perlu ditanggung.
Penetapan had perbelanjaan mungkin akan membuatkan anda rasa kecewa dan akhirnya merosakkan seluruh percutian.
Apa kata anda sediakan total bajet dan jumlah sama sebagai alternatif sekiranya berlaku perkara tidak diingini dan jumlah yang anda sanggup hanguskan.
5. Fikir matawang Malaysia
Ramai gemar melakukan pengiraan dengan membandingkannya dengan duit Malaysia apabila membeli barang keperluan asas seperti makanan, minuman dan tambang.
Jika ada pemikiran seperti ini, anda akan menjadi seorang yang ‘berkira’ terutama apabila berada di negara yang lebih mahal.
Setiap perbelanjaan adalah untuk keseronokan, jangan anggap pembaziran. -Gambar hiasan
6. Jangan malukan Malaysia!
Elakkan membuat onar atau mengamalkan sikap rakyat Malaysia apabila berada di negara luar.
Hormatilah negara orang walau macam mana rakyatnya sekali pun.
7. Kira ‘kerugian’ selepas trip
Anggap sahaja semua itu bayaran untuk ketenangan dan kegembiraan anda barulah tidak timbul rasa menyesal.
Bagi yang bawa keluarga, yakinlah bahawa pahala belanja akan diganti dengan rezeki berkali ganda dalam pelbagai bentuk!