Angkat Sumpah barisan kabinet negeri, Hajiji selesai menghadap Yang di-Pertua Negeri

Kenderaan yang membawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor keluar dari Istana Seri Kinabalu pada jam 11.45 pagi .

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan selesai menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sejak jam 10.00 pagi tadi.

Menurut sumber, ia bertujuan sembah maklum senarai barisan kabinet negeri.

Kenderaan yang membawa Hajiji dilihat keluar dari kawasan Istana Seri Kinabalu pada jam 11.45 pagi.

Seusai urusan di Istana negeri, Hajiji seterusnya kembali ke kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya dan dijadual kembali semula ke Istana negeri pada jam 2.00 petang untuk majlis angkat sumpah kabinet negeri.

Laporan lanjut menyusul

Scroll to Top