Nasional

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LUMPUR: Brazil menyatakan sokongan penuh terhadap hasrat Malaysia untuk menjadi ahli penuh kumpulan ekonomi BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan).
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, berkata beliau melihat Malaysia sebagai rakan strategik penting yang berpotensi memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan.
“Saya ingin memberitahu bahawa Malaysia akan mendapat sokongan Brazil untuk menjadi ahli penuh BRICS,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara, hari ini.
Tambahnya, beliau melihat Malaysia mempunya potensi yang besar khususnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya membawa pulang tanggapan yang paling positif terhadap Malaysia bukan sahaja terhadap kerajaan, tetapi juga terhadap para usahawan yang saya temui,” ujarnya.
Beliau turut menyifatkan hubungan erat antara kerajaan dan komuniti perniagaan Malaysia sebagai asas kukuh kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

