BUDI95: Insiden Gangguan Transaksi Akibat Masalah Wi-Fi – Petron

 AM > BERITA

fb Petron Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Insiden gangguan transaksi pembelian petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak Petron di Pasir Gudang, Johor berpunca daripada gangguan sambungan Wi-Fi di kawasan itu.

 Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron) dalam kenyataan memaklumkan insiden melibatkan seorang pelanggan itu adalah kes terpencil dan pelan kesinambungan perniagaan telah diaktifkan bagi menangani situasi terbabit.

“Kami (Petron) telah menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas dan bagi mereka yang menerima bantuan kami, transaksi diteruskan pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi yang layak. Isu ini adalah terpencil.

“Semua stesen lain beroperasi seperti biasa dan kami akan terus memastikan urusan pelanggan berjalan lancar,” menurut Petron menerusi kenyataan di Facebook.

Petron turut menasihati pelanggan yang mengalami sebarang isu menghubungi Petron Care melalui talian 1300 228 211 atau e-mel ke [email protected] untuk mendapatkan bantuan.

Terdahulu, tular video melalui media sosial memaparkan seorang pelanggan mengalami gangguan transaksi ketika berurusan di stesen minyak Petron di Pasir Gudang. 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top