“); } else { document.write(“
“); }
Pasangan suami isteri pasti saling merindu apabila terpaksa berjauhan. -Gambar hiasan
SEORANG wanita meluahkan kebimbangan apabila suaminya yang bekerja jauh sering meminta gambar dan video intim ketika mereka berjauhan.
Menurutnya, sebagai pasangan baharu berkahwin, dia bimbang sekiranya bahan berkenaan disalah guna atau tersebar secara tidak sengaja.
“); }
Namun, pada masa yang sama wanita itu tidak mahu suaminya berkecil hati sekiranya dia menolak permintaan tersebut.
Panggilan video menjadi penghubung pasangan PJJ. -Gambar hiasan AI
“Nak tanya nafsu lelaki memang kuat bila berjauhan (PJJ)? Dia akan minta gambar seksi isteri untuk puaskan nafsu.
“Tak cukup dengan gambar siap video dia nak. Maaf sebab saya baru kahwin takut nanti dia sebar gambar dan video.
“Bila tak bagi dia cakap saya tak nak layan dia,” luahnya di sebuah kumpulan komuniti di Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua – “Saya di Pantai Timur”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami selalu ‘outstation’ ajak VC tanpa pakaian, minta gambar ghairah demi puaskan syahwat
Seorang wanita kemudian membalas perkongsian tersebut dengan memaklumkan permintaan itu bukanlah sesuatu yang asing bagi pasangan PJJ.
“Suami saya kerja offshore, dia pun pernah minta gambar dan video. Kami sudah 11 tahun berkahwin. Pada awalnya saya tidak mahu beri sebab risau, bukan kerana tidak percaya, tapi takut kalau telefon hilang atau digodam.
“Saya berbincang dengan suami dan akhirnya kami setuju hanya hantar gambar tanpa menampakkan wajah. Selepas itu, suami terus simpan dalam album tersembunyi,” katanya.
- Seorang wanita baru berkahwin bimbang suami yang bekerja jauh sering minta gambar dan video intim.
- Dia bimbang bahan tersebut mungkin tersebar atau disalah guna pada masa hadapan, tapi tak mahu suami berkecil hati.
- Seorang wanita lain kongsi pengalaman sama, tapi hanya hantar gambar tanpa wajah.
- Perkongsian itu mencetuskan perbincangan netizen tentang risiko privasi sekiranya telefon hilang, digodam atau hubungan retak.
- Netizen turut menasihatkan pasangan PJJ agar berwaspada dan tidak mudah berkongsi bahan sensitif.
Perkongsian tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen yang menasihatkan agar pasangan PJJ berhati-hati sebelum berkongsi sebarang bahan sensitif bagi mengelak risiko gambar dan video tersebar.
Reaksi netizen
“Jangan, kita pun tak tau jodoh sampai mana. Bukan nak minta yang bukan-bukan tapi untuk ke depan kita tak tahu.
“Setuju terdedah dengan risiko. Ingatlah langit tak selalunya cerah.
“Jangan bagi la. Sekarang suami sendiri boleh jual gambar kalau mereka ada akaun dark side,” antara komen netizen.