JDT lonjak ke tangga kedua carta selepas atasi Shenhua

Foto: Facebook JOHOR Southern Tigers

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan mengatasi Shanghai Shenhua 3-1 malam ini.

Tiga mata yang dipungut di Stadium Sultan Ibrahim itu membolehkan Harimau Selatan mengambil alih tempat kedua Zon Timur menerusi kutipan tujuh mata selepas empat perlawanan.

Dua lagi pasukan Sanfrecce Hiroshima dari Jepun dan wakil Korea Selatan, Ulsan HD turut terikat mata sama cuma dibezakan jumlah jaringan.

Barisan bimbingan Xisco Munoz lega dapat membenam cabaran wakil China itu hasil dua gol sumbangan Jonathan Silva minit (m) ke-48′ dan 88′ serta penyudah Oscar Arribas m-63′.

Saulo Mineiro pula menyempurnakan sepakan penalti m-71 untuk gol saguhati pelawat yang pulang membawa kekalahan kedua kempen.

Berbaki empat lagi aksi selepas ini, lawan seterusnya menanti JDT ialah Melbourne City di Australia pada 25 November.

Scroll to Top