JPJ Pahang Siasat Insiden Tular Babitkan Penguat Kuasa Dan Pemandu Lori

KUANTAN, 23 Nov (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang sedang menyiasat insiden membabitkan interaksi seorang penguat kuasa jabatan itu dengan pemandu lori di kawasan tol Lanchang pada Khamis lepas, yang video kejadian berkenaan turut tular di media sosial. 

JPJ Pahang dalam kenyataan memaklumkan insiden itu dirakam semasa pemeriksaan ke atas sebuah lori disyaki membawa muatan selain daripada disyaratkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan difahamkan pemandu enggan memberikan kerjasama.

“JPJ komited dalam memastikan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan siasatan insiden melibatkan penguat kuasa dijalankan secara telus serta bebas.

“Satu laporan polis juga telah dibuat oleh penguat kuasa JPJ pada Jumaat lepas,” menurut kenyataan itu. 

Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan dakwaan tidak berasas.

— BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top