ALOR SETAR, 4 Dis (Bernama) — Dua guru yang didakwa terlibat dalam salah laku seksual di dua sekolah berasingan di Kedah, yang tular di media sosial baru-baru ini, dikenakan tindakan sehingga siasatan selesai.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memaklumkan kedua-dua guru berkenaan telah dikeluarkan daripada institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) sementara siasatan dijalankan.
“JPN mengambil serius dakwaan salah laku seksual melibatkan dua guru di negeri ini seperti yang tular di media sosial. Kedua-dua kes berasingan ini sedang disiasat JPN Kedah.
“JPN tidak berkompromi dengan sebarang perlakuan salah laku seksual dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan diberi perhatian,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, tangkap layar perbualan antara dua individu tular di media sosial yang didakwa melibatkan seorang guru lelaki dan pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di sini.
Satu lagi kes adalah seorang guru didakwa melakukan perlakuan tidak sopan dan menggunakan percakapan berunsur lucah di sebuah sekolah menengah di sini.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
BERITA BERKAITAN
LAGI BERITA

