JPN Kedah Siasat Isu Pempengaruh Rasmi Majlis Sekolah

 AM > BERITA

ALOR SETAR, 9 Dis (Bernama) — Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung isu jemputan seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di negeri itu baru-baru ini.

JPN dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius isu berkenaan. 

“Siasatan sedang dijalankan, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa. 

“JPN Kedah mengingatkan semua pentadbir sekolah untuk memastikan jemputan kepada pihak luar mematuhi garis panduan, dan tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara,” menurut kenyataan itu. 

Terdahulu, tular di laman media sosial video dimuat naik oleh seorang pempengaruh yang memaparkan dirinya merasmikan satu majlis anugerah di sebuah sekolah di Kedah. 

Bagaimanapun, perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang berpendapat pempengaruh berkenaan tidak layak menjadi perasmi bagi majlis di sekolah tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top