Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,007 Orang

Oleh: Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,007 orang daripada 311 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kulim dan Kuala Muda setakat jam 4 petang hari ini, berbanding 910 mangsa daripada 285 keluarga pada jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, daerah Kulim mencatatkan peningkatan mangsa seramai 955 orang daripada 287 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS, termasuk Surau Taman Sang Kancil (98 mangsa, 28 keluarga), Dewan Kampung Paya Tok Betok (12 mangsa, 2 keluarga), SMA Isaniah Jangkang (423 mangsa, 118 keluarga), SK Pagar Museh (199 mangsa, 67 keluarga), SRJ (C) Khi Min (104 mangsa, 37 keluarga), Dewan Orang Ramai Sungai Karangan (22 mangsa, 19 keluarga), dan Surau Padang Meha (97 mangsa, 16 keluarga).

PPS di SJK (C) Chong Cheng menempatkan 52 mangsa daripada 24 keluarga akibat kejadian air pasang dan ombak besar pada 22 Oktober lalu.

Selain Kulim, tiga lagi daerah terjejas banjir namun setakat ini tiada PPS dibuka.

Daerah Sik terjejas di beberapa kampung termasuk Kampung Kota Bukit, Kampung Kuala Ruman, Kampung Gajah Putih, Kampung Tandop, Kampung Berona Kanan, Kampung Sungai Pau, Kampung Begia, Kampung Gulai, Kampung Charuk Kudung, Kampung Lentang, Kampung Kuala Betong, Kampung Belantik Luar, Kampung Surau dan Kampung Pinang.

Di Pendang, kawasan terjejas melibatkan Kampung Asam Jawa, Kampung Sawa Besar, Kampung Felda Sungai Tiang serta kampung di Mukim Peliang dan Mukim Padang Kerbau.

Manakala di Bandar Baharu, kawasan terjejas termasuk Kampung Terap Dalam, Kampung Sungai Tengas, Kampung Sungai Punti, Kampung Batu 16 Lombong A, Kampung Cherok Meranti di Mukim Selama, Serdang dan Sungai Batu.

Scroll to Top