KBS: War Zone Championship Belum Dapat Kelulusan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Kejohanan sukan tempur, War Zone Championship yang dijadual berlangsung Disember ini belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

KBS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebarang penganjuran acara sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

“Bagi mana-mana penganjuran acara sukan antarabangsa yang tidak memperoleh kelulusan PJS, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 36, Akta 576.

“KBS menasihatkan semua pihak agar mematuhi peraturan bagi menjamin integriti dan keselamatan sukan negara,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu,  tular video sidang media War Zone Championship yang memaparkan dua kanak-kanak dipercayai peserta kejohanan itu bergaduh ketika sesi pengenalan.

Insiden berkenaan mengundang reaksi negatif pengguna media sosial yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung penganjuran kejohanan berkenaan.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top