KPM laksana reformasi sistem tingkat keselamatan sekolah, kesejahteraan murid

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Oleh: Zanariah Abd Mutalib

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan reformasi serta-merta ke atas sistem dan mekanisme sedia, selain memperkasa program pendidikan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, melalui usaha itu, lima fokus utama dijadikan sebagai teras merangkumi kesihatan kental, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dalam menangani keganasan seksual terhadap kanak-kanak dan pencegahan bahan terlarang, dasar perlindungan kanak-kanak, penjagaan guru dan suara murid.

Selaras usaha itu katanya, semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dikerah untuk pelaksanaan secara praktikal dan efisyen serta-merta di semua 10,243 sekolah seluruh Malaysia.

“KPM akan menilai keberkesanan usaha ini secara intensif dan berkala. Pemantauan dan penilaian pelaksanaan terhadap semua inisiatif yang dilaksanakan pihak sekolah akan dinilai semula setiap 15 hari.

“Menteri dan timbalan menteri serta pengurusan tertinggi KPM akan terus bertemu dengan warga pendidik dan murid bagi mendengar dan mendapatkan input berkaitan pelaksanaan inisiatif ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai tindakan segera dan menyeluruh yang sudah dan akan diambil kementerian bagi memastikan insiden tragis.

Ia seperti kes pelajar dirogol dalam kelas tidak berulang, termasuk daripada segi keselamatan fizikal di sekolah, pengawasan guru, mekanisme aduan yang efektif serta sokongan kepada mangsa dari aspek psikososial dan perundangan.

Scroll to Top