
Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 yang berlangsung hari ini, 29 November 2025.
KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.70 KUKUSAN)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.32 KLIAS)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.03 PITAS)

12.20 tengah malam: (RASMI) GRS dahului 15 kerusi, WARISAN 10 kerusi, BN (tiga), STAR Sabah (dua), PH (satu), UPKO (satu), KDM (satu), Bebas (satu). – Maklumat terkini dari Pusat Media SPR setakat jam 12.12 tengah malam.
KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.33 KUALA PENYU)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.36 KUNDASANG)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.64 SULABAYAN)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.27 LIMBAHAU)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.58 LAMAG)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.40 BINGKOR)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.51 SUNGAI MANILA)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.39 TAMBUNAN)

12.00 tengah malam: (RASMI) SPR memaklumkan GRS dahului 10 kerusi, WARISAN (enam), BN (dua), PH (satu), UPKO (satu), KDM (satu), setakat jam 11.30 malam.
Artikel penuh: PRN Sabah: (RASMI) GRS dahului 10 kerusi – SPR
KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.52 SUNGAI SIBUGA)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.50 GUM GUM)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.55 ELOPURA)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.69 SRI TANJONG)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.14 TAMPARULI)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.68 APAS)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.38 PAGINATAN)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.54 KARAMUNTING)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.43 KEMABONG)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.53 SEKONG)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.67 BALUNG)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.34 LUMADAN)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.46 NABAWAN)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.12 SULAMAN)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.35 SINDUMIN)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.45 SOOK)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.04 TANJONG KAPOR)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.01 BANGGI)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.59 SUKAU)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.37 KARANAAN)

KEPUTUSAN RASMI DARI SPR (N.42 MELALAP)

10.27 malam: (RASMI) SPR memaklumkan GRS memenangi kerusi DUN Karanaan manakala PH menang di Melalap setakat jam 10.10 malam.
Artikel penuh: PRN Sabah: GRS, PH masing-masing menang di Karanaan dan Melalap
9.15 malam: (TIDAK RASMI) WARISAN mendahului di Likas.
8:50 malam: (TIDAK RASMI) GRS mendahului 21 kerusi, 2 calon bebas mampu cipta kejutan.
8.40 malam: (TIDAK RASMI) WARISAN menang di DUN Silam.
8.30: (TIDAK RASMI) Ronald Kiandee dilihat ketinggalan di Sugut, didahului calon GRS.
8.28 malam: (TIDAK RASMI) GRS sedang mendahului dengan 21 kerusi, diikuti WARISAN 11 kerusi, BN (lapan), Bebas (dua) dan UPKO (satu).
8.26 malam: (TIDAK RASMI) GRS dilaporkan menang di DUN Balung dan Labuk.
8.25 malam: (TIDAK RASMI) Calon bebas bagi kerusi DUN Petagas dan Kukusan dilaporkan menang.
8.20 malam: (TIDAK RASMI) GRS dilaporkan menang di Tanjung Batu.
8.07 malam: (TIDAK RASMI) GRS memenangi DUN Tempasuk.
8.00 malam: (TIDAK RASMI) BN dilihat mendahului bagi kerusi DUN Bongawan.
7.57 malam: (TIDAK RASMI) GRS dilaporkan telah memenangi kerusi DUN Pitas dan Sugut.
7.56 malam: (TIDAK RASMI) BN menang di lapan kerusi di DUN Lamag, Usukan, Kunak, Sook, Sukau, Bongawan, Sekong dan Tempasuk.
7.54 malam: (TIDAK RASMI) GRS dilaporkan telah memenangi kerusi DUN Klias.

7.51 malam: (TIDAK RASMI) DAP tewas di semua kerusi ditandingi.
Artikel penuh: DAP Sabah gagal pertahankan sebarang kerusi
7.49 malam: (TIDAK RASMI) WARISAN dilaporkan telah memenangi kerusi DUN Luyang.
7.43 malam: (TIDAK RASMI) WARISAN dilaporkan telah memenangi kerusi DUN Kapayan.
7.40 malam: (TIDAK RASMI) WARISAN dilaporkan telah memenangi kerusi DUN Tanjung Aru.
7.36 malam: (TIDAK RASMI) WARISAN dilaporkan telah memenangi kerusi DUN Likas.
7.33 malam: (TIDAK RASMI) Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, dilaporkan telah memenangi kerusi DUN Kadamaian.
7.29 malam: (TIDAK RASMI) WARISAN mendahului 1,314 undi di DUN Kapayan.
7.25 malam: (TIDAK RASMI) Calon WARISAN DUN Likas, Tham Yun Fook mendahului undian.
7.23 malam: (TIDAK RASMI) BN ungguli saingan di DUN Bongawan dan Sekong, masing-masing diwakili Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan calon anak muda, Mohd Zharif Aizat Samsuddin.
7.21 malam: (TIDAK RASMI) Calon WARISAN, Samuel Wong Tshun Chuen mendahului undian di kerusi DUN Luyang.
7.20 malam: (TIDAK RASMI) GRS mendahului 8 pesaing di Kemabong, WARISAN di Tanjong Papat.
7.19 malam: (TIDAK RASMI) BN melalui calonnya Datuk Seri Salleh Said Keruak, dilaporkan telah memenangi kerusi DUN Usukan.
7.18 malam: (TIDAK RASMI) Calon GRS, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menang di DUN Pintasan, ketepi 10 pencabar.
7.15 malam: (TIDAK RASMI) Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan kerusi DUN Senallang.
7.13 malam: (TIDAK RASMI) Calon GRS, yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menang di DUN Sulaman.
GRS juga menang di DUN Banggi, Karanaan, Kemabong, Membakut, Sungai Manila dan Apas.
6.55 petang: (TIDAK RASMI) WARISAN menang di Elopura, Tanjung Aru, Tanjong Papat, Luyang, Bugaya dan Sri Tanjong.
6.54 petang: (TIDAK RASMI) BN dahului saingan di DUN Kunak yang diwakili calonnya, Datuk Seri Anil Jeet Singh.
6.51 petang: (TIDAK RASMI) BN dahului saingan di DUN Sook yang diwakili Presiden PBRS, Datuk Arthur Kurup.
6.49 petang: (TIDAK RASMI) BN ungguli saingan di DUN Bongawan dan Sekong, masing-masing diwakili Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan calon anak muda, Mohd Zharif Aizat Samsuddin.
6.32 petang: (TIDAK RASMI) Calon GRS di DUN Pintasan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendahului 10 pesaing dengan 214 undi, diikuti calon WARISAN, Abdullah Otong (101 undi) dan Barisan Nasional (BN) di tempat ketiga melalui calonnya Tadzul Radim dengan 39 undi.

5.57 petang: Proses pengiraan undi sedang dijalankan di PDM SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu, selepas pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang.

5.30 petang: Semua 882 pusat mengundi telah ditutup sepenuhnya.
Artikel penuh: PRN Sabah: 882 pusat mengundi ditutup

5.30 petang: Petugas SPR menutup pintu pagar pusat mengundi DUN Api-Api tepat jam 5.30 petang di SJKC Chung Hwa, Kampung Air.

5.18 petang: Pengundi terakhir, Felicia Severinus, 76, tiba di pusat mengundi DUN Api-Api pada jam 5.18 petang untuk membuang undi di SJKC Chung Hwa, Kampung Air.

5.10 petang: Pusat mengundi SMK St Ursula, Tawau secara rasmi ditutup.

4.00 petang : Jumlah keluar mengundi 60.94 peratus membabitkan 1,062,114 pengundi – SPR
Artikel penuh: PRN Sabah: 1,062,114 pengundi tunai tanggungjawab setakat jam 4 petang – SPR
3.00 petang : Jumlah keluar mengundi 56.78 peratus membabitkan 989,551 pengundi – SPR
Artikel penuh: PRN Sabah: 56.78% atau 989,551 pengundi selesai memilih setakat 3 petang ini

3.00 petang – PENAMPANG: Petugas SPR bersama peti undi dari Pusat Mengundi SK Buayan diiring anggota polis sebaik mendarat di Padang B, Majlis Perbandaran Penampang untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang.

2.14 petang – PENAMPANG: Peti undi pertama dari kawasan pedalaman Penampang di Pusat Mengundi SK Longkogungon tiba menggunakan helikopter di Padang B, Majlis Perbandaran Penampang pada 1.40 petang.

2.00 petang – LIKAS: Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Likas, Datuk Phoong Jin Zhe selesai mengundi di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

1.48 petang – KOTA KINABALU: Peratus keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga jam 12 tengah hari tadi adalah 39.37 peratus, menunjukkan 686,216 pengundi sudah menyempurnakan tanggungjawab. Namun, trend keluar masih rendah iaitu belum melepasi 50 peratus.-SPR

1:40 petang – PENAMPANG: Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jahat’, Stacy Anam selesai mengundi di Sekolah Menengah St Michael’s, Penampang.
Artikel penuh: PRN Sabah: Stacy gemuruh mengundi sampai terlupa kad pengenalan

1:30 petang – KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail selesai meninjau pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa dalam DUN Api-Api.

12:45 tengah hari – BONGAWAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan merangkap Presiden Parti Cinta Sabah, Tan Sri Anifah Aman mengundi di pusat mengundi SMK Bongawan.

12.40 tengah hari – PUTATAN: Warga emas, Dayangku Normah Pgn Awang Besar, 69 (dua dari kiri) bergambar bersama pengundi-pengundi selepas menunaikan tanggungjawab di SMK Putatan.

12.00 tengah hari – TUARAN: Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup, sempena hari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Beliau ditemani isteri Datin Seri Juliah Salag.
Artikel penuh: PRN Sabah: Hajiji, isteri mengundi di SK Serusup, Tuaran

11.57 pagi – PAPAR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga jam 11 pagi tadi adalah 31.3 peratus.
Katanya, SPR masih lagi mengekalkan unjuran kadar keluar mengundi 60 peratus.

11.50 pagi – KINABATANGAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam.
Artikel penuh: PRN Sabah: Proses mengundi DUN Lamag lancar

11.50 pagi – PAPAR: Penyandang DUN Kawang dari GRS, Datuk Ghulamhaidar Khan selepas mengundi di SMK Pengalat Besar, Papar.

11.45 pagi – KIULU: Calon GRS DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai ditemani isteri Datuk Lucy Yong mengundi di SK Malanggang Kiulu.

11.45 pagi – PAPAR: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu orang ramai dengan menunjukkan arah menuju ke saluran mengundi bagi DUN Kawang di SMK Pengalat Besar

11.40 pagi – PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya ditemani isteri mengundi di SMK Putatan.

11.30 pagi – KOTA KINABALU: Seramai 366,917 atau 21.05 peratus pengundi di Sabah selesai menjalankan tanggungjawab mengundi setakat jam 10 pagi tadi.

11.30 pagi – PAPAR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun (kiri) melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kawang, Papar.

11.25 pagi – KIULU: Warga emas, Kondusu Yangkat, 92, bersemangat menunaikan tanggungjawab walaupun menggunakan kerusi roda. Beliau mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu ditemani anak perempuannya, Christina Lansin@Lansui, 55.
Artikel penuh: PRN Sabah: Warga emas 92 tahun cekal mengundi, jadikan kewajipan

10.45 pagi – KINABATANGAN: Warga emas, Mohamad Teriong (kiri) dan pengundi muda, Norul Nazuwa Akil selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam.
Artikel penuh: PRN Sabah: Mangsa banjir teruja turun mengundi

10.30 pagi – TANJUNG KERAMAT: Calon BN bagi DUN Tanjung Keramat, Jeffrey Nor Mohamed bersama isteri (kiri) dan ibu mengundi SMK Putatan.
Artikel penuh: Pengundi semangat keluar mengundi di SMK Putatan

10.20 pagi – PUTATAN: Calon GRS Putatan, Shah Alfie Yahya dan isteri mengundi di SMK Putatan.
Artikel penuh: PRN Sabah: Shah Alfie seru pengundi keluar mengundi awal

10.00 pagi – KUAMUT: Calon GRS Kuamut, Datuk Masiung Banah mengundi di SK Penangah.

8.45 pagi – RANAU: Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mengundi SMK Kundasang.

9.43 pagi – INANAM: Penyandang dan caloh PH DUN Inanam, Datuk Peto Galim mengundi di SK Kokol.

9.40 pagi – PAPAR: Calon BN DUN Bongawan, Datuk Mohamad Alamin mengundi di SK Our Lady of Fatima.
Artikel penuh: PRN Sabah: Mohamad Alamin mengundi di SK Our Lady of Fatima

9.35 pagi – MEMBAKUT: Calon GRS bagi DUN Membakut, Datuk Arifin Mohd Arif hadir mengundi di SK Membakut 2.

9.30 pagi – KEPAYAN: Calon PH bagi DUN Luyang, Chan Long Wei mengundi di SK Luyang.

9.30 pagi – KEPAYAN: Calon PH bagi DUN Kapayan, Datuk Janie Lasimbang (tengah) mengundi di SK Yue Min.

9.20 pagi – KOTA BELUD: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud mengundi di SK Tempasuk.
Artikel penuh: PRN Sabah: Pengerusi PKR Sabah selesai mengundi di Tempasuk

9.00 pagi – SEMPORNA: Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga calon WARISAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Bubul.
Artikel penuh: PRN Sabah: Shafie Apdal selesai mengundi

9.00 pagi – BONGAWAN: Dua sahabat, Hairiah Hunainy Ismail (kiri) bersama Rosni Patra (kanan) menaiki basikal lipat ke pusat mengundi SMK Bongawan.
Artikel penuh: PRN Sabah: Dua sahabat baik naik basikal lipat ke pusat mengundi Bongawan

8.40 pagi – KIULU: Suasana proses pengundian di SK Malanggang bagi DUN N15 Kiulu.

8.24 pagi – SEMPORNA: Pengundi warga emas, Eneng Abdul Rahman, 80 dibantu anak beliau Hamidah Lakasah untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Bubul.

8.07 pagi – TUARAN: Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengadakan sidang media selepas memantau petugas-petugas SPR memeriksa barangan undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah -17 bagi kawasan N.12 Sulaman, N.13 Pantai Dalit, N.14 Tamparuli dan N.15 Kiulu di Dewan Seri Sulaman Tuaran.

8.05 pagi – PAPAR: Pengawal keselamatan, Dimat Ugon, menjadi orang pertama membuang undi bagi DUN Kawang di Pusat Mengundi SK Kinarut.

8.00 pagi – TANJONG KAPOR: Calon BN bagi DUN Tanjong Kapor, Kevin Lee mengundi bersama isteri di SK St Peter.

7.55 pagi – KIULU: Pengundi N15 Kiulu, Jopirin Gasang, 59, menunjukan jari selepas membuang undi di SK Malanggang Kiulu sejurus selepas pusat mengundi dibuka.

7.45 pagi – TAWAU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Merotai, Datuk Ruji Ubi selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kira-kira jam 7.45 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Matahir.
Artikel penuh: PRN Sabah: Ruji selesai mengundi di SK Sungai Haji Matahir, ditemani isteri dan empat anak

7.45 pagi – SEMPORNA: Orang ramai mula mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Bubul.

7.35 pagi – SOOK: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup, calon BN DUN Sook mengundi di SK Pekan Ansip.

7.00 pagi – SEMPORNA: Antara pengundi awal yang tiba sebaik pintu dibuka jam 7.30 pagi di SK Bubul, Semporna bagi melaksanakan tanggungjawab mereka.
@buletintv3 Suasana hari pengundian di SK Bubul, Semporna. Ramai pengundi hadir seawal jam 7.30 pagi, menunggu pusat undi dibuka bagi melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #PRNSabah2025 #MandatSabah2025 #PRNSabah25 ♬ original sound – BuletinTV3

7.00 pagi – PAPAR: Pengundi beratur seawal jam 7 pagi ketika cuaca hujan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 ketika tinjauan di Pusat Mengundi SMK Kinarut.
Artikel penuh: PRN Sabah: Cuaca mendung tidak halang pengundi keluar mengundi

7.00 pagi – SEMPORNA: Kelihatan pengundi mula berada di luar pekarangan pusat undi seawal jam 7 pagi dalam keadaan hujan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Bubul.
Artikel penuh: PRN Sabah: Hujan lebat bukan penghalang pengundi di Bongawan

