Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu
JERTIH, 25 Okt (Bernama) — Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ antara lapan individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan seperti yang tular menerusi rakaman siaran langsung di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad berkata kesemua lelaki berusia antara 21 hingga 40 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.
Beliau berkata mangsa yang berusia 36 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Kita menerima laporan pada 1.32 pagi pada tadi berhubung kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11 malam di hadapan sebuah rumah di Jertih. Berdasarkan laporan diterima, seorang lelaki mendakwa dipukul sekumpulan individu ketika sedang membuat siaran langsung (live) menggunakan telefon bimbit di hadapan rumah suspek.
“Semasa kejadian mangsa dikatakan datang ke rumah suspek untuk berbincang mengenai salah faham yang timbul antara mereka. Sebaik tiba di hadapan rumah suspek, mangsa enggan masuk ke kawasan rumah seperti yang diminta suspek, menyebabkan berlaku pertengkaran dan kekecohan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azamuddin berkata beberapa ahli keluarga suspek turut keluar dari rumah dan berlaku pergelutan antara mereka.
Beliau berkata dalam kejadian itu, telefon bimbit yang digunakan mangsa untuk membuat siaran langsung turut diambil oleh seorang daripada ahli keluarga suspek.
“Mangsa mengalami kecederaan termasuk lebam di belakang kepala, siku kanan dan kiri, jari kiri serta bahagian belakang badan akibat bergelut dan terjatuh,” katanya sambil menambah kenderaan milik mangsa turut didakwa mengalami kerosakan.
Azamuddin berkata kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu untuk permohonan reman pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan khianat.
Tambah beliau, sebarang maklumat berkaitan suspek boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Mohamad Effie Ezral Mohd Izham di talian 09-6956222 sambungan 5913.
Semalam tular video dipercayai dirakam oleh mangsa dan isteri mangsa bersama anak mereka yang berada di dalam kereta sebelum kejadian dan kekecohan yang berlaku.
Antara individu yang terlibat dalam insiden itu dipercayai ahli perniagaan yang terbabit dalam urusan jual beli tanah.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
BERITA BERKAITAN
LAGI BERITA

