Lebih 13 juta rakyat Malaysia tebus bantuan SARA

Nasional

Amir Hamzah berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois 2025 (Siri 2) Peringkat Nasional di Menara Hasil Pulau Pinang. Foto NSTP
Amir Hamzah berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois 2025 (Siri 2) Peringkat Nasional di Menara Hasil Pulau Pinang. Foto NSTP

Oleh: Audrey Dermawan

GEORGE TOWN: Lebih 13 juta rakyat Malaysia telah menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga Sabtu lalu.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengesahkan bahawa data terkini yang direkodkan pada hari Sabtu lalu menunjukkan peningkatan ketara penebusan bantuan SARA.

“Sehingga Sabtu, lebih 13 juta orang telah menebus bantuan SARA mereka,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau ditemui di Menara Hasil di sini selepas merasmikan Jerayawara E-Invois Mega peringkat kebangsaan.

Amir berkata rakyat Malaysia masih belum menebus sepenuhnya RM100 boleh berbuat demikian sehingga akhir tahun ini.

“Masih ada lagi yang belum menggunakan sepenuhnya RM100. Jika mereka masih mempunyai baki, mereka masih boleh menebusnya sehingga akhir tahun,” katanya.

Bantuan SARA secara one-off sebanyak RM100 untuk individu berumur 18 tahun ke atas bermula 31 Ogos lalu adalah tambahan kepada program sedia ada MySara dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kredit RM100 itu sah sehingga 31 Disember dan boleh digunakan di lebih 7,300 kedai runcit berdaftar di seluruh negara.

Scroll to Top