KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Seorang lelaki yang tular membuat provokasi terhadap sekumpulan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Bandar Utara, Selayang, di sini semalam telah ditahan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan 11.50 pagi ini susulan laporan diterima mengenai insiden tersebut pada 6.44 petang semalam.
Beliau berkata suspek didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau dan tiga rekod berkaitan dadah.
“Pihak polis akan membuat pemohonan reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323, 506 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Video insiden melibatkan suspek yang dilihat bukan sahaja mengeluarkan kata-kata kesat, malah bertindak agresif terhadap anggota NGO itu yang dipercayai memberikan penerangan larangan warga asing menjalankan perniagaan di kawasan itu, tular di media sosial sejak semalam.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
BERITA BERKAITAN
LAGI BERITA

