Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar
SHAH ALAM, 8 Nov (Bernama) — Seorang lelaki warga tempatan maut dalam kejadian tembak di sebuah stesen minyak di sekitar kawasan Bukit Tinggi, Klang malam tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian kira-kira 11 malam itu melibatkan seorang suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan kereta dan terkena di bahagian hadapan mangsa berusia 34 tahun.
”Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan ada kejadian tembak di sebuah stesen minyak dalam kawasan Klang Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shazeli dalam kenyataan sama memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan cedera dipercayai akibat ditembak, sedang diusung oleh petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
BERITA BERKAITAN
LAGI BERITA

