Lelaki Menyamar Polis Minta Rasuah RM300 Dicekup

IPOH, 2 Nov (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggota polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah restoran di Taman Ipoh Timur Baru, Bercham awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian itu yang tular di media sosial, memaparkan suspek berusia lingkungan 20-an menyerupai anggota polis trafik dan menahan seorang penunggang motosikal.

“Siasatan mendapati suspek telah menahan mangsa dan mendakwa mangsa melakukan kesalahan ubah suai motosikal, sebelum meminta wang tunai RM300 sebagai sogokan bagi mengelak saman. 

“Mangsa yang curiga telah menghubungi rakannya, lalu pihak polis dimaklumkan dan suspek berjaya ditahan bersama beberapa barangan yang digunakan untuk tujuan penyamaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata antara barangan yang dirampas termasuk vest pantul cahaya bertulis “bike rescue”, topi dan kasut berlogo PDRM, dua buah motosikal, walkie-talkie serta beberapa pelekat logo rasmi PDRM.

Beliau berkata suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top