Mahu pekerja ceraikan isteri, bos wanita hulur pampasan RM2 juta! Tapi minta semula selepas hubungan tak serasi – Dunia | mStar

Tidak dinafikan ada wanita sanggup merosakkan hubungan orang lain demi kepuasan diri. -Gambar hiasan

SEORANG ahli perniagaan wanita menjadi bualan hangat selepas sanggup memberi jutaan ringgit kepada pekerja lelakinya yang sudah berumah tangga supaya bercerai.

Tindakannya yang sanggup membiayai pampasan penceraian berkenaan didorong rasa cinta terhadap pekerja terbabit.

“); }

Bagaimanapun wanita tersebut menuntut semula wang itu selepas skandal mereka berakhir.

Segalanya bermula apabila wanita dikenali sebagai Zhu iaitu pemilik syarikat di Chongqing di China, jatuh hati kepada pekerjanya yang dikenali sebagai He.

Ketika itu, kedua-dua mereka masih berstatus suami dan isteri orang.

Zhu kemudiannya menghulurkan wang kepada isteri He, iaitu Chen, sebagai pampasan penceraian serta wang sokongan untuk anak pasangan berkenaan.

Selepas bercerai, He dan Zhu tinggal bersama selama setahun sebelum berpisah kerana menyedari mereka tidak serasi.

Tidak berpuas hati, Zhu membawa kes itu ke mahkamah untuk menuntut semula 3 juta yuan (RM2 juta) yang diberikannya sebelum ini.

Pada peringkat pertama, mahkamah memutuskan wang itu perlu dikembalikan kerana dianggap hadiah tidak sah yang melanggar tatasusila.

Namun dalam rayuan, mahkamah atasan membatalkan keputusan tersebut dengan alasan wang itu sebenarnya dibayar bagi pihak He kepada bekas isterinya sebagai pampasan penceraian dan perbelanjaan anak.

Mahkamah turut menyifatkan tindakan Zhu menuntut kembali wang itu sebagai tidak berintegriti kerana dia yang mempercepatkan proses perceraian tersebut melalui sokongan kewangan. -Agensi

Scroll to Top