Makin ramai suka ‘beli dulu bayar kemudian’, siap bertangguh hingga 12 bulan… Ini hukum menurut Islam – Ad-din | mStar

Oleh: MSTAR

Kaedah pembayaran ‘beli dulu bayar kemudian’ semakin popular dalam kalangan pengguna.

KEWUJUDAN trend kaedah pembayaran ‘beli dulu bayar kemudian’ atau buy now pay later (BNPL) membolehkan orang ramai memiliki sesuatu dengan mudah.

Tambahan pula terdapat pelbagai baucar menarik yang ditawarkan termasuk bayaran ansuran sehingga tempoh 12 bulan.

“); }

Bagaimanapun terdapat keraguan mengenai konsep pembayaran yang diamalkan itu sehingga ada yang mengaitkannya dengan riba.

Riba merupakan penambahan atau lebihan yang dianggap tidak adil dalam transaksi kewangan, seperti pada pinjaman atau pertukaran barang yang serupa.

Pengambilan riba diharamkan dalam Islam kerana menciptakan ketidakadilan dan eksploitasi pada seseorang.

Bagaimanapun dalam konsep pembayaran ‘beli dulu bayar kemudian’ yang melibatkan tempoh enam hingga 12 bulan dengan kadar faedah tertentu, ia tidak dianggap sebagai riba.

Kadar faedah yang dikenakan itu adalah perbezaan harga dalam jual beli bertangguh

Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan semasa menjawab persoalan seorang pengguna kaedah bayaran berkenaan yang ragu mengenai hukum berkaitan.

“Bagi kemudahan BNPL enam hingga 12 bulan, jika caj tambahan dikenakan sebagai faedah ke atas hutang, maka ia termasuk dalam riba dan tidak dibenarkan.

“Namun sekiranya ia dilaksanakan melalui akad jual beli ansuran dengan harga yang lebih tinggi kerana pembayaran bertangguh, ia termasuk dalam jual beli bertangguh yang diharuskan syariah,” jelasnya.

Malah kemudahan yang dinyatakan itu adalah patuh syariah sejajar pengesahan e-dagang berkenaan.

Oleh itu, caj tambahan tersebut difahami sebagai harga dalam jual beli bertangguh dan bukannya riba.

Scroll to Top