Netanyahu ikrar teruskan perang hingga capai semua matlamat

Dunia

Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu - Foto AFP
Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu – Foto AFP

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan negaranya akan terus berusaha mencapai semua objektif perang, sempena ulang tahun serangan 7 Oktober di selatan Israel.

Dalam kenyataannya, Netanyahu menyifatkan dua tahun kebelakangan ini sebagai “perang untuk kewujudan dan masa depan Israel”.

Beliau mendakwa, Israel telah “mengubah landskap Asia Barat” dan melemahkan kekuatan kumpulan yang disokong Iran di rantau itu.

“Kita berada dalam hari-hari penentuan yang penting,” katanya.

“Israel akan terus bertindak bagi mencapai semua matlamat perang, termasuk membebaskan semua tebusan, menghapuskan pemerintahan Hamas, serta memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel.”

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung, yang mencadangkan Israel menarik keluar pasukannya dari Gaza dan menamatkan perang secara kekal.

Scroll to Top