Pemeriksaan harian aerotrain KLIA mulai tengah malam hingga 5 pagi

Foto fail NSTP
Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian dan kerja-kerja pembaikan bermula 12 tengah malam hingga 5 pagi.

KLIA menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan, sepanjang tempoh tersebut, bas ulang-alik akan beroperasi sepenuhnya bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang antara terminal.

Langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan KLIA untuk mengekalkan ketersambungan lapangan terbang yang selamat, cekap dan selesa.

Perkhidmatan aerotrain sebelum ini mengalami beberapa gangguan operasi.

Sebanyak 19 insiden dilaporkan antara 2 Julai hingga 30 September, selain dua lagi gangguan pada 15 dan 28 Oktober.

Scroll to Top