PM jamin usaha bebaskan delegasi GSF

Oleh: Muhamaad Razis Ismail

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen bahawa kerajaan akan melakukan segala usaha untuk memastikan keselamatan dan pembebasan segera delegasi Malaysia yang ditahan rejim Zionis.

Ketua Pengarah usat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) , Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri sendiri yang menghubunginya pada jam 9.38 pagi tadi.

Katanya, pada masa sama, sejak awal pagi. pihak SNCC turut dihubungi Wisma Putra, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi, Timbalan Perdana Menteri serta Pejabat Perdana Menteri bagi mengikuti perkembangan secara langsung misi itu.

“Perdana Menteri memberi komitmen sebagai penaung utama misi Sumud Nusantara ini. Beliau sendiri memaklumkan akan melihat secara ‘one to one’ untuk misi ini.

“Perdana Menteri juga menyatakan akan membuat panggilan kepada rakan sejawatnya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Mesir Fatah, Al-Sisi, begitu juga dengan Arab Saudi.

“Kita mohon untuk Perdana Menteri dapat mewakili suara kita dan melaksanakan apa yang sangat kita terhad untuk lakukan iaitu laluan diplomatik dan juga laluan hubungan erat antara Malaysia dan juga negara-negara besar termasuk daripada United Kingdom, Sepanyol dan sebagainya untuk dapat kita berunding (supaya) semua delegasi kita dibebaskan segera ,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata, komitmen itu menjadi bukti jelas bahawa misi ini mendapat perhatian langsung daripada pemimpin nombor satu negara.

“Itu memberi gambaran yang sangat menenangkan bahawa misi ini (kita) tidak keseorangan. Bukan saja kita ada rakyat Malaysia yang mendoakan, tetapi juga sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, kementerian serta pemimpin nombor satu negara sebagai penaung kita yang akan bersama dalam proses untuk membawa keluar, negosiasi dan sebaganya,” katanya.

Scroll to Top