PM Pakistan mulakan lawatan rasmi ke Malaysia

Nasional

Foto PMO

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, hari ini memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama dalam bidang yang berkepentingan bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan itu adalah kunjungan balas kepada lawatannya ke Pakistan pada Oktober 2024, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan persahabatan Malaysia dan Pakistan.

Foto PMO

“Menyambut kehadiran Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, yang memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.

“Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi saya ke Pakistan pada Oktober 2024, dan mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Foto PMO

Menurut Anwar, pelbagai agenda telah diatur sepanjang lawatan itu, termasuk meneroka potensi kerjasama baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pertahanan, demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Pakistan.

“Semoga hubungan Malaysia–Pakistan terus subur dan berkembang maju pada masa hadapan, Insya-Allah,” katanya.

Scroll to Top