
Oleh: Juwan Riduan
PENAMPANG: Polis sedang mengesan tiga saksi bagi membantu perbicaraan kes bunuh berkait laporan di daerah ini.
Kes didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 Kota Kinabalu.
Mereka adalah Suriana Kassim, Ibno Hashim Leman dan Sharif Abdul Kadir Abdul Moin.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya memerlukan kehadiran ketiga-tiga saksi itu bagi melancarkan proses perbicaraan yang sedang berjalan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Penampang, Asisten Superintendan Andi Ma’mur Halwati di talian 019-5853918.

