Sumber: Video orang awam
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Polis giat mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang melarikan diri selepas lori sampah dipandunya merempuh Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Bandar Bukit Puchong, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kejadian pada 2.30 petang berlaku apabila lori Isuzu seberat 10 tan dari arah Putrajaya menghala Bukit Puchong hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok di plaza tol itu.
“Kejadian menyebabkan kelindan lori iaitu lelaki Bangladesh berusia 42 tahun cedera di kepala dan muka manakala pemandu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata semakan awal mendapati pemilik kenderaan ialah rakyat Malaysia, namun disyaki menggaji warga asing untuk memandu lori tersebut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta mereka mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya Insp Fatin Husna Khairuzzaman menerusi talian 017-3012621.
Semalam, video berdurasi 30 saat dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan memaparkan sebuah lori sampah melanggar penghadang di lorong plaza tol tersebut tular di media sosial.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
BERITA BERKAITAN
LAGI BERITA