Polis Nafi Berlaku Kes Bunuh Di Pekan Lama Kuala Selangor

SHAH ALAM, 25 Okt (Bernama) — Polis menafikan berlaku kejadian pembunuhan melibatkan seorang pelajar di sekitar pekan lama Kuala Selangor, dekat sini seperti ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azharudin Tajuddin berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Tiada pelajar sekolah dibunuh di tempat itu dan tiada kes bunuh kanak-kanak sama ada di tempat itu atau tempat lain (sekitar Kuala Selangor),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular sekeping gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikatakan pelajar dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah kedai menjual cermin mata yang didakwa berlaku di kawasan pekan lama Kuala Selangor.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top