Polis Tahan Lelaki Rakam Video Wanita Di Pasar Sehari, Temerloh

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata suspek berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan pada hari sama kejadian, kira-kira 10 pagi.

“Penahanan dilakukan di lokasi pasar berkenaan selepas mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia 33 tahun, menyedari tindakan suspek sebelum dibantu orang awam menahannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek direman 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan termasuk mendapatkan laporan analisis kandungan telefon bimbit yang dirampas.

Katanya hasil siasatan mendapati dua video dirakam suspek di tempat kejadian. 

Baru-baru ini, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki ditahan oleh orang awam kerana dipercayai merakam video tidak senonoh melibatkan seorang wanita di tempat awam. 

— BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top