IPOH, 7 Okt (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki disyaki pemandu van yang terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kereta di kawasan parkir Stesen KTM Ipoh, awal pagi Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira 2.55 pagi apabila van dipandu lelaki berkenaan dipercayai gagal dikawal ketika membelok masuk ke simpang sebelum melanggar beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir.
“Hasil maklumat orang awam, pemandu terbabit berjaya dikesan dan ditahan bagi membantu siasatan.
“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan hasil saringan air kencing terhadap lelaki terbabit mendapati dia negatif terhadap dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan.
Terdahulu tular menerusi Facebook video memaparkan beberapa kereta diparkir di Stesen KTM Ipoh mengalami kerosakan teruk dipercayai dilanggar kenderaan lain.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
BERITA BERKAITAN
LAGI BERITA