Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pukul melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, dalam kejadian berhampiran sebuah medan selera di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara, baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata ketiga-tiga suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 49 hingga 61 tahun itu, ditahan di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur, antara semalam hingga hari ini.
Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai berlaku apabila suspek menuduh mangsa mencuri sebuah power bank milik rakan mereka.
“Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka kecil di bahagian dahi serta mulut dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan mangsa yang dalam keadaan duduk dikelilingi tiga lelaki yang kemudian memukulnya dan menendangnya beberapa kali.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
BERITA BERKAITAN
LAGI BERITA

