Skuad futsal negara mudah jinakkan Bangladesh

Foto: FB Football Association of Malaysia

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUANTAN: Pasukan futsal kebangsaan meneruskan momentum baik dengan mencatat kemenangan kedua menerusi keputusan 7-1 ke atas Bangladesh.

Mohd Awalluddin Mat Nawi, Mohd Danial Abdul Dain, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, Mohd Saad Abdul Sani dan Mohd Faris Mohd Johan masing-masing mencetak satu gol di Stadium Tertutup SUKPA.

Mahadir Harahap Khairuddin pula menyumbang dua gol dikala Fayed Azim menghasilkan jaringan saguhati lawan.

Kemenangan tersebut meletakkan anak buah Rakphol Sainetngem di tangga kedua kumpulan G, dengan enam mata sementara Bangladesh kekal tercorot dibelenggu kekalahan kedua.

Pemain negara mempunyai rehat sehari sebelum turun semula dalam pertembungan terakhir dan penentuan dengan pendahulu yang juga pasukan pilihan selaku juara Piala Asia 13 kali, Iran Rabu ini.

Lapan juara kumpulan dan tujuh pasukan tempat kedua terbaik kelayakan ditawarkan slot ke pusingan akhir di Indonesia 2026.

Scroll to Top