Hilang kewarasan menyebabkan ada yang sanggup bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan
SEORANG lelaki bertindak kejam apabila menetak isterinya hingga mati sebelum membuat pengakuan secara langsung di Facebook pada awal pagi Isnin.
Mangsa, Shalini, 39, dilaporkan ditikam ketika sedang mandi di rumah mereka sekitar pukul 6.30 pagi.
“); }
Menurut polis, mangsa mengalami kecederaan parah di leher, dada dan belakang badan akibat serangan menggunakan pisau dalam kejadian di Kerala, India.
Suspek dikenali sebagai Isaac kemudian menyiarkan rakaman secara langsung di Facebook, mengaku melakukan pembunuhan itu.
Dalam video berkenaan, dia membuat tuduhan peribadi terhadap isterinya, termasuk isu ketidakpercayaan dan penyalahgunaan barang kemas.
Rakaman tersebut sempat berlegar di media sosial sebelum dipadamkan, sekali gus mencetuskan kejutan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Isaac kemudiannya menyerah diri di balai polis dan memaklumkan sendiri mengenai pembunuhan tersebut.
Polis yang tiba di lokasi mengesahkan Shalini sudah meninggal dunia, sebelum mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Isaac kini didakwa di bawah Seksyen 103(1) Kanun Bharatiya Nyaya Sanhita (bunuh).
Polis turut merampas telefon bimbit kedua-dua pihak serta menjalankan siasatan forensik di rumah pasangan itu. -Agensi