Tak perlu tunjuk lesen memandu… Ini perkara anda perlu tahu sebelum tebus subsidi RON95 – I-suke | mStar

Oleh: MSTAR

BUDI95 memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira pendapatan atau had umur.

PERSOALAN mengenai subsidi bersasar RON95 akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar baharu dengan harga RM1.99 seliter.

Menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) harga petrol yang dahulunya RM2.05 seliter dikurangkan sebanyak enam sen bermula 30 September ini.

“); }

Anda hanya perlu pastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95. 

1. Semua warganegara yang mempunyai lesen memandu aktif layak menikmati manfaat secara automatik. 

2. Siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi adalah sehingga 300 liter sebulan.

Bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

3. Proses ‘penebusan’ mudah dan tiada pendaftaran diperlukan.

Hanya menggunakan MyKad sama seperti proses pembelian melalui MySARA dan MyKasih.

4. Pengguna hanya perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi.

5. Terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan. 

6. Terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.

7. Tak perlu tunjuk lesen memandu.

7. Program BUDI95 dijalankan secara berperingkat untuk memastikan kelancaran sistem tanpa lonjakan penggunaan yang mendadak:

• 27 September 2025 melibatkan 300,000 anggota tentera dan polis.

• 28 September 2025 kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan golongan B40.

• 30 September 2025, sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad serta lesen memandu aktif.

Scroll to Top