BAITULMAQDIS: Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan tentera Israel akan terus berada di sebahagian besar wilayah Gaza walaupun beliau menyatakan sokongan terhadap pelan damai bagi wilayah Palestin yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Kami akan mendapatkan semula semua tawanan hidup-hidup dan dalam keadaan selamat, sementara tentera Israel akan kekal di kebanyakan kawasan semenanjung Gaza,” katanya dalam satu kenyataan video yang dimuat naik di saluran Telegram beliau awal Selasa.
Kenyataan itu menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan pelan damai berkenaan, selain memperlihatkan pendirian tegas Israel untuk mengekalkan kawalan ketenteraan di Gaza meskipun menerima kritikan meluas masyarakat antarabangsa.
— AGENSI