[TERKINI] PRN Sabah: GRS memenangi 29 kerusi – SPR

Politik


KUALA LUMPUR: Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, setakat jam 2.05 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, ia diikuti Parti Warisan (WARISAN) 25 kerusi dan Barisan Nasional (BN) enam kerusi.

Selain, Bebas lima kerusi, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) tiga, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dua, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) satu, Perikatan Nasional (PN) satu dan Pakatan Harapan (PH) satu kerusi.

Menurutnya, dalam PRN Sabah ke-17 kali ini, seramai 1,148,476 orang atau 64.35 peratus telah keluar mengundi.

“Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi dalam pilihan raya ini,” katanya pada sidang media di Kompeks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, sebentar tadi.

Ramlan berkata, keputusan PRN Sabah itu akan disembah maklum kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pagi ini.

Scroll to Top