[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji selesai angkat sumpah Ketua Menteri Sabah pagi ini

FOTO: Pejabat Ketua Menteri

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada jam 3.05 pagi.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, bertolak meninggalkan kediaman Sri Gaya menuju ke Istana Seri Kinabalu pada jam 1.28 pagi tadi.

FOTO: Pejabat Ketua Menteri

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat jam 2.05 pagi ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, ia diikuti Parti Warisan (WARISAN) 25 kerusi dan Barisan Nasional (BN) enam kerusi.

FOTO: Pejabat Ketua Menteri

Selain, Bebas lima kerusi, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) tiga, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dua, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) satu, Perikatan Nasional (PN) satu dan Pakatan Harapan (PH) satu kerusi.

FOTO: Pejabat Ketua Menteri

Menurutnya, dalam PRN Sabah ke-17 kali ini, seramai 1,148,476 orang atau 64.35 peratus telah keluar mengundi.

Ramlan berkata, keputusan PRN Sabah itu akan disembah maklum kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pagi ini.

Scroll to Top