Tiada Peletakan Jawatan Atau Pembubaran Exco FAM – Mohd Yusoff

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan peletakan jawatan beramai-ramai atau pembubaran barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu. 

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi bekata berita yang tular di media sosial berhubung perkara terbabit adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Untuk makluman, pelantikan dan pemilihan semua Exco FAM dibuat melalui saluran yang sah dan berperlembagaan, hasil daripada proses pengundian di Kongres FAM selaras dengan Statut FAM serta garis panduan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak antarabangsa.

“FAM menegaskan bahawa struktur kepimpinan sedia ada terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen demi memastikan kelangsungan tadbir urus serta pembangunan bola sepak negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata FAM kekal komited untuk terus beroperasi secara telus, profesional dan berintegriti demi kepentingan bola sepak Malaysia.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top