TPR SPRM ditahan kerana miliki, positif dadah

Nasional

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail – Foto NSTP

Oleh: Muhaamad Hafis Nawawi

KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah dan memiliki dadah.

Menjelaskan penahanan itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan membabitkan individu terbabit bagi membantu siasatan.

“Tangkapan itu dilakukan kerana memiliki dadah dan ujian saringan air kencing juga positif dadah.

“Kita menerima maklumat daripada pihak berkaitan yang melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, kes masih dalam siasatan lanjut polis.

Terdahulu Harian Metro hari ini melaporkan SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada polis berhubung tangkapan membabitkan seorang TPR suruhanjaya itu, berkaitan kes dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana suspek direman tiga hari.

Scroll to Top