Tular video didakwa bukti Yu Menglong jadi mangsa dera, netizen kaitkan individu berprofil tinggi – Bintang Global | mStar

“); } else { document.write(“

“); }

Yu terkenal dalam kalangan penggemar drama fantasi dan romantik di China.

PELAKON popular China, Yu Menglong dilaporkan meninggal dunia pada 11 September lalu selepas terjatuh dalam satu kejadian yang dikatakan tidak disengajakan.

Namun sejak itu, kematiannya menjadi perbualan hangat netizen yang mendakwa tragedi berkenaan mungkin melibatkan unsur pembunuhan.

“); }

Beberapa rakaman video dari malam kejadian turut tular memaparkan detik-detik sebelum pelakon itu terjatuh.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Yu dibelasah individu lain pada malam kejadian.

Difahamkan sebelum kejadian, Yu Menglong bersama beberapa rakan di kediamannya dan kesemua mereka kini didakwa mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Spekulasi timbul apabila ada dakwaan Yu Menglong tersilap langkah apabila berdepan dengan seorang individu berpengaruh dalam industri hiburan. 

Perkara itu dikatakan menjadi punca kepada kematiannya yang penuh tanda tanya termasuk dakwaan berlaku penderaan sebelum tragedi.

Lebih menimbulkan persoalan apabila seorang ahli perniagaan berpengaruh, Tiffany Chen enggan mengulas isu tersebut dengan alasan tidak boleh bercakap tentang hal itu 

Ia sekali gus menguatkan lagi teori konspirasi wujudnya pihak berkuasa tertentu dalam kes berkenaan.

Selain itu, gosip lain mendakwa Yu Menglong pernah mengalami penderaan sejak beberapa tahun lalu termasuk daripada pasukan pengurusannya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon popular maut dipercayai jatuh bangunan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon China langgar etika pemakaian, kena halau sebab terlalu seksi

Terbaharu, sebuah video yang berlegar di media sosial menimbulkan tanda tanya apabila pelakon itu dilihat berdiri di sisi pengurusnya sebelum lelaki berkenaan mengangkat tangan ke arahnya.

Yu Menglong yang ketakutan tiba-tiba mengundur ke belakang dengan reaksi panik sehingga hampir terjatuh. 

Aksi tersebut dianggap netizen sebagai ‘bukti’ dia sememangnya menjadi mangsa penderaan sepanjang kariernya.

Kematian mengejut aktor berusia 36 tahun itu terus menjadi misteri dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat serta pemerhati industri hiburan China.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top