Undi awal PRN17 Sabah catat 92.5 peratus

Anggota tentera mengundi di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi sempena PRN Sabah ke-17. Foto NSTP
Anggota tentera mengundi di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi sempena PRN Sabah ke-17. Foto NSTP

Oleh: Adib Povera

KOTA KINABALU: Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, hari ini, merekodkan lebih 90 peratus golongan berkenaan melaksanakan tanggungjawab mereka itu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan mengundi awal itu mencecah 92.5 peratus atau seramai 17,615 pengundi, selepas semua 58 pusatnya ditutup pada jam 5 petang tadi.

Peratusan itu melebihi sasaran 90 peratus yang ditetapkan oleh SPR bagi pengundian awal kali ini.

SPR memaklumkan seramai 8,347 anggota tentera berserta pasangan masing-masing, dan 10,696 anggota polis termasuk daripada Pasukan Gerakan Am berserta pasangan mereka, layak mengundi awal pada PRN kali ini.

Scroll to Top