LONDON: Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool akan menentang juara Piala FA, Crystal Palace, dalam pusingan keempat aksi Piala Liga.
Penyandang juara, Newcastle United, akan menjadi tuan rumah kepada Tottenham Hotspur dalam satu lagi pertembungan sesama pasukan Liga Perdana, manakala Arsenal, yang kali terakhir menjuarai kejohanan ini pada tahun 1993, akan bertemu Brighton.
Grimsby Town, satu-satunya pasukan dari Liga Dua yang masih bertahan dan pernah menewaskan Manchester United, akan menerima kunjungan pasukan Liga Perdana, Brentford, dalam satu lagi aksi di tempat sendiri.
Dengan tiga pasukan dari Wales berada dalam kelompok 16 terakhir buat kali pertama, satu pertembungan sesama pasukan Wales menjadi kenyataan apabila Wrexham akan menentang Cardiff City, manakala Swansea City, juara 2013, diundi bertemu Manchester City.
Pertemuan antara Wrexham dan Cardiff ini merupakan yang pertama sejak tahun 2002.
Undian penuh pusingan keempat Piala Liga:
Arsenal v Brighton
Grimsby Town v Brentford
Swansea City v Manchester City
Newcastle United v Tottenham
Wrexham v Cardiff City
Liverpool v Crystal Palace
Wolves v Chelsea
Wycombe v Fulham