“); } else { document.write(“
“); }
Oleh: MSTAR
Bisikan-bisikan ghaib boleh menyebabkan seseorang itu hidup dalam keadaan tidak tenang. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang sering mendengar suara-suara aneh di sekelilingnya.
Menerusi hantaran di Thread, wanita itu mendedahkan dia pernah mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam.
“); }
Namun katanya, dia memperoleh jawapan berbeza selepas membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan moden.
Kesihatan juga boleh terjejas sekiranya seseorang itu mengalami gangguan tidur. -Gambar hiasan
“Saya selalu dengar orang bisik atau panggil nama. Kadang dengar bunyi televisyen (TV). Apabila check, TV sebenarnya off.
“Sebelum ni ramai ustaz kata hijab saya terbuka sebab selalu nampak dan dengar benda-benda macam tu.
“Selepas didiagnos bipolar dan makan ubat, terus tak nampak dan dah tak dengar apa-apa. Rupanya psikosis,” tulisnya.
- Seorang wanita kongsi pengalaman sering dengar suara aneh dan bisikan misteri.
- Pada awalnya, pengamal perubatan tradisional mendakwa hijabnya terbuka.
- Pemeriksaan moden sahkan dia alami psikosis berkaitan gangguan bipolar.
- Selepas rawatan ubat, halusinasi dan gangguan yang dialami berhenti.
- Seorang lagi wanita di ruangan komen turut alami pengalaman sama dan bercadang jalani pemeriksaan psikiatri.
Untuk makluman, psikosis ialah sejenis gangguan mental serius yang mana seseorang kehilangan hubungan dengan realiti, mengalami halusinasi (melihat, mendengar, atau merasa sesuatu yang tidak ada) dan delusi (kepercayaan palsu yang kuat).
Sebelum mendapatkan rawatan, wanita itu berkata dia juga kerap mengalami mimpi buruk dan sering terjaga secara mengejut pada waktu malam.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak terlintas nak buka kafan arwah” – Ustaz dipertemukan dengan pemuda diganggu ‘bisikan’ 5 tahun lalu, kali ini dah tak bernyawa
ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku dengar bisikan ghaib… ibu campak bayi 10 bulan dalam sungai kerana asyik menangis
Menjengah ke ruangan komen, seorang lagi wanita mendakwa dia juga mengalami gangguan sama.
“Rasanya saya kena pergi buat pemeriksaan jugalah. Saya selalu dengar macam tu. Kadang malam-malam dengar suara orang borak.
Segelintir individu tidak mahu berjumpa doktor dan lebih selesa mendapatkan rawatan dengan perawat tradisional. -Gambar hiasan
“Sampai saya bangun pergi check sekeliling rumah. Kadang rasa macam diperhatikan. Ramadan lepas saya dengar suara suami memanggil masa dia dah pergi masjid.
“Saya terkejut, ingatkan ada jin kacau. Rasanya saya dah kena pergi check dekat psikiatri,” kongsi seorang lagi wanita.
Netizen di ruangan komen turut mendoakan wanita itu diberi kesembuhan dan bebas daripada gangguan yang dialaminya.