“); } else { document.write(“
“); document.write(“
“); document.write(“
“); }
Miki Ghazali antara atlet Muay Thai muda negara yang sedang meningkat naik. -Foto Instagram mikipapa_
ATLET Muay Thai negara, Muhammad Mikail Ghazali memberikan penjelasan mengenai kenyataannya bahawa rakyat Malaysia sampah.
Manafikan kenyataan itu, remaja berusia 16 tahun yang lebih dikenali sebagai Miki Ghazali itu menjelaskan ia ditujukan kepada segelintir pihak yang tidak menyukai dirinya.
“); }
“Miki cakap yang sampah tu orang yang tak suka dengan Miki, bukan satu Malaysia. Orang Malaysia semua baik.
“Yang sampah tu yang tak baik,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok Johan Ghazali. [Tonton Video]
Dia berkata demikian bagi menjawab pertanyaan abangnya yang juga jaguh Muay Thai, Johan Ghazali atau Jojo berhubung kenyataan tersebut.
Ia susulan kekalahan Miki Ghazali kepada atlet Muay Thai dari Tunisia, Saif Eddin Babay di peringkat suku akhir dalam kejohanan IFMA Youth World Championship 2025 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Kau nak masuk mStar ke? Kau nak masuk berita ke? Astaghfirullahalazim Aku bagi tahu semua pakcik, makcik Facebook sekarang. Siapa ajar kau ni? Sombong,” kata Jojo.
Walaupun didesak berulang kali oleh Jojo berkaitan isu tersebut, Miki Ghazali tetap dengan pendiriannya ia ditujukan kepada pihak yang tidak menyukai dirinya.
Sementara itu, semakan di Instagram milik Miki Ghazali menunjukkan dia ada memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekalahannya kepada atlet Tunisia, sehari sebelum kontrovesi tersebut.
“Kepada orang-orang Malaysia, minta maaf kerana Miki kalah hari ini… Miki akan bangkit, terima kasih kerana sokong Miki,” katanya.
Walaupun tumpas, namun pada Khamis Miki Ghazali menang di pusingan repechage mengalahkan atlet Australia, Lincoln Davis.