Video Tular Lelaki Ditahan Jenayah Samun Cuma Latihan Simulasi – Polis

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao

SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) — Video tular mendakwa berlaku kejadian samun yang memaparkan sepasukan polis menahan seorang individu di sekitar Klang merupakan latihan amal simulasi hot pursuit,   dikelolakan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata latihan dilakukan kira-kira 10 pagi semalam itu adalah bagi mengkaji keberkesanan dan kesiapsiagaan Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan pusat kawalan daerah dalam situasi pengejaran.

“Latihan itu melibatkan koordinasi bersama cawangan pusat kawalan Polis Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Klang Utara.

“Dua pegawai kanan polis bersama 26 pegawai rendah polis IPD Klang Utara terlibat secara langsung dalam menjayakan latihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat atau bakal berdepan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video yang mendakwa seorang individu ditahan polis setelah terlibat dalam kejadian samun kedai emas dan cubaan melarikan diri di Aman Perdana, Klang.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

 KATA KUNCI

 BERITA BERKAITAN

 LAGI BERITA

Scroll to Top